Ungkapan Bismillah sebagai Awal Mula.

Permulaan dengan lafaz Bismillah dan syukur ke Hadrat Allah s.w.t.

Blog ini diwujudkan bagi merakam perjalanan keusahawan dua bersaudara, menyediakan peluang bisnes bagi bakal usahawan berpotensi dan berkongsi tips perniagaan.

Kami adalah Usahawan Bersaudara Tone Excel. Bersaudara melalui Keusahawanan. Bersaudara juga dari pertalian adik-beradik.

Sedikit pengenalan tentang kami berdua.

Founder I = PUTERA AMIROOL FAEZ BIN SUHASI

Putera Amirool Faez bin Suhasi dilahirkan di Melaka. Beliau merupakan seorang graduan jurusan Undang-Undang dari Universiti Utara Malaysia. Kini, beliau menjalani latihan dalam kamar di Tetuan Rosli Kamaruddin & Co.

Walaupun sibuk menjalani latihan untuk menjadi seorang peguam, bidang keusahawan dalam Tone Excel tidak ditinggalkan. Bisnes Tone Excel dijalankan secara separuh masa.





Founder II = PUTERA RAFEUDDIN FAREEZ BIN SUHASI

Walaupun baru berumur 20 tahun, beliau sudah pun pencen muda dengan pendapatan pasif dari bisnes pengedaran simkad Tone Excel, 4 angka sebulan.

Putera Rafeuddin Fareez (Rhys) juga dilahirkan di Melaka seperti abangnya. Bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera Automotif dan telah melengkapkan pelajaran dalam bidang tersebut di usia 19 tahun. Namun, apabila menyedari terdapat bakat dalam dirinya sebagai seorang Network Marketer, beliau meyakini pilihannya adalah benar untuk menyertai satu peluang perniagaan yang menguntungkan iaitu Tone Excel.

Kini, beliau menjalankan bisnes simkad Tone Excel secara sepenuh masa di rumah dan atas talian.

Blog ini akan dikendalikan secara bersama dan ditulis oleh kami berdua dan dari segi pengurusan blog oleh seorang staf tambahan freelancer.


PENGURUSAN & URUS TADBIR - 
PRINCE EMPIRE NETWORK MARKETING 

Comments

Post a Comment